Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat: 966537-D/ KPL/LN 6869) adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Bumiputra Islam. Diperkuatkan dengan tenaga kerja yang sememangnya PAKAR dan BERPENGALAMAN dalam pengurusan pelancongan, pengembaraan dan pengurusan tiket khususnya Umrah, Ziarah, Badal Haji dan Umrah, anda boleh letakkan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan segala-galanya bagi pihak anda.

Tenaga kerja kami terdiri daripada pengurus dan petugas yang sememangnya mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam bidang pelancongan khasnya dalam menguruskan urusan jemaah bermula dari tanah air sehinggalah di Tanah Suci. Atas kekuatan inilah kami tidak ragu-ragu lagi untuk memperkenalkan jenama Persada Oasis dan Insya-Allah bakal menjadi salah satu agensi pelancongan utama yang berteraskan shariah di Malaysia.

Dengan moto yang berinovasi, “bukan sekadar suatu percutian”, Persada Oasis tampil dengan pakej-pakej berbeza daripada yang sedia ada di pasaran khususnya dengan menawarkan pengalaman menunaikan umrah dan ziarah dengan harga yang paling berpatutan, selesa, menepati kehendak pelanggan dengan nilai tambah eksklusif dalam setiap pakej yang ditawarkan.

Persada Oasis menawarkan perkhidmatan pengurusan pelancongan dan sentiasa melalui proses pengembangan aktiviti syarikat dengan menawarkan bukan sekadar perkhidmatan pelancongan dan persiaran melangkaui perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negeri, ‘ticketing’ malah perkhidmatan-perkhidmatan sampingan lain untuk memenuhi kehendak serta keperluan pelanggan kami.

Sesuai dengan matlamat kami untuk menjadi salah satu agensi pelancongan utama di Malaysia, anda boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kami untuk menguruskan percutian anda. Ia pasti lebih daripada sekadar percutian!


Utama        Tentang Kami        Pakej        Umrah 2013        Tempahan Hotel        Tiket Penerbangan        Hubungi Kami