Kini kami menyediakan perkhidmatan kepada anda untuk memilih hotel mengikut keinginan dan kemampuan anda.


Fairmont Makkah Hotel

Terletak di dalam Menara Jam, dari situ anda boleh terus menuju ke Pintu Gerbang Raja Abdul Aziz di Masjidil Haram. Mengandungi 858 bilik dan suite bertaraf lima (5) bintang. Turut mempunyai sembilan (9) restoran. Untuk keselesaan para tetamu, sebanyak 76 lif disediakan bagi memastikan capaian mudah ke Masjidil Haram. Ke semua bilik hotel samada menghadap pandangan Masjidil Haram atau Bandar Mekah


Dar Al-tawhid – Hotel

Hotel ini terletak di Jalan Ibrahim Khalil, betul-betul berhadapan dengan Pintu Gerbang Raja Fahd di Masjidil Haram. Mengandungi 615 bilik dan dengan 152 Presedential, Amir dan VIP  Suite yang diberikan sentuhan mewah dan perkhidmatan dan layanan kelas pertama. Para tetamu mempunyai pilihan bilik-blik yang menghadap ke Masjidil Haram


Hilton Towers – Makkah

Terletak berhadapan dengan Masjidil Haram berhampiran dengan Pintu Gerbang Raja Fahd, Hotel Hilton terletak di dalam Kompleks Hilton Tower serta  mempunyai pemandangan menghadap Masjidil Haram. Dengan ketinggian 31 tingkat, ia menyediakan 598 buah bilik standard, deluxe,  suite serta duplex. Dilengkapi dengan perabot moden serta peralatan menyediakan minuman, TV serta kelengkapan mandi. Turut dilengkapi dengan Sembilan (9) buah restoran berbeza bagi menepati citarasa tetamu.


Movanpick Hajar – Hotel

Movenpick Hajar merupakan sebuah menara bersebelahan dengan Menara Raja Abdul Aziz. Lokasinya berhampiran dengan Pintu Gerbang Raja Abdul Aziz. Mempunyai pemandangan yang menarik di samping bilik-biliknya yang boleh dihubungkan antara satu sama lain. Hotel Movenpick merupakan antara hotel terbaik di Mekah. Pihak hotel turut menyediakan hidangan tea Maghribi secara percuma yang dihidangkan di antara waktu Asar dan Maghrib setiap hari. Ia turut menyediakan ruangan solat yang agak besar dan selesa bagi para tetamu.


Grand Zamzam Hotel

Hotel Grand Zam Zam terletak berhampiran dengan Pintu Gerbang Raja Abdul Aziz. Mengandungi 31 tingkat bagi menempatkan 1240 buah bilik dan suite, hotel ini diuruskan oleh pihak pengurusan perhotelan antarabangsa. Terdapat suatu sayap khas bagi menempatkan suite mewah mereka iaitu: Royal dan Amiri Suite.


Alsafwah Royal Orchid Hotel

Terletak bersebelahan dengan menara-menara yang menghadap Masjidil Haram. Hotel Royal Orchid menyediakan bilik dalam pelbagai saiz. Ruangan solat bagi lelaki dan perempuan juga turut disediakan.


Le Merdian Makkah

Menara Hotel Le Meredien merupakan hotel bertraf lima (5) bintang serta dihubungkan terus ke Masjidill Haram melalui terowong Raja Abdul Aziz. Hotel ini menawarkan suite yang luas dilengkapi dengan bilik air serta ruang dapur yang elegan. Mengandungi 350 buah bilik yang dibahagikan kepada Business Suite dan Royal Suite. Ia turut menyediakan perkhidmatan bas ke Masjidil Haram yang bergerak setiap 30 minit, di samping perkhidmatan dan layanan kelas pertama serta ruang parkir percuma.


Ajyad Makarim Makkah Hotel

Terletak di Jalan Ajyad, ia merupakan salah sebuah hotel bertaraf lima (5) bintang di Mekah. Mengandungi 409 bilik mewah dan 27 suite di samping 2 buah Royal Suite yang dihias moden. Ia turut menempatkan tiga (3) buah restoran.


Elaf Almasher Hotel

Terletak di Jalan Ajyad, ia merupakan salah sebuah hotel bertaraf lima (5) bintang yang terkini di Mekah. Terdapat bilik single, double and suite yang dilengkapi dengan peti ais dan perkhidmatan 24 jam. Juga mengandungi pusat perniagaan serta kemudahan internet.


Makkah Swiss Hote
l

Swissotel Makkah, merupakan rangkaian hotel pertama Swissotel yang dibuka di Arab Saudi, menawarkan 1487 bilik dan suite yang elegan dengan reka bentuk moden. Sebagai sebahagian daripada kompleks Abraj Al-Bait yang berprestij, Swissotel Makkah adalah hotel lima bintang kontemporari yang terletak di berdekatan dengan Masjidil Haram. Swissotel Makkah adalah sebahagian daripada pembangunan bandar baru, termasuk dua buah restoran, satu lounge eksekutif, dua bilik mesyuarat dan satu pusat perniagaan. Swissotel Makkah mempunyai pintu masuk peribadi yang membuat ia lebih mudah bagi jemaah untuk memasuki Masjidil Haram.


Utama        Tentang Kami        Pakej        Umrah 2013        Tempahan Hotel        Tiket Penerbangan        Hubungi Kami